PELAJAR UPM SUMBANG TENAGA DALAM PROGRAM KOMUNITI “LESTARI ALAM PUTRA LOVA” | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » PELAJAR UPM SUMBANG TENAGA DALAM PROGRAM KOMUNITI “LESTARI ALAM PUTRA LOVA”

PELAJAR UPM SUMBANG TENAGA DALAM PROGRAM KOMUNITI “LESTARI ALAM PUTRA LOVA”

Serdang: Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2022, seramai 29 orang pelajar dari Bakti Siswa UPM bersama 70 peserta lain telah menyertai Putra Longest Non-stop Volunteerism Activities atau nama singkatannya Putra LoVA yang berlangsung pada 10 dan 11 Disember yang lalu.

Program yang diadakan buat julung kalinya ini bertujuan untuk bersama-sama berganding bahu dalam usaha mewujudkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan kepentingan menyuburkan jiwa dan mental yang sejahtera kepada mahasiswa UPM.

Menurut pengarah program, Siti Adawia Mohd Roslee “Program ini dapat memberi peluang kepada pelajar UPM yang terlibat untuk menunjukkan semangat kerjasama dan kesungguhan mereka dalam memperbaiki alam sekitar. Jadi, kami mengambil peluang untuk mengadakan program seperti ini dan menyeru agar semua pelajar dapat meneruskan legasi ini untuk sentiasa menjaga kelestarian alam sekitar.”

Tambahnya lagi, “Program ini bukanlah satu pertandingan, tetapi ia merupakan program untuk para pelajar memupuk semangat kesatuan antara kumpulan Bakti Siswa yang lain.”

Menariknya, program ini mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records atas pencapaiannya yang berjaya mengadakan aktiviti sukarelawan yang berlangsung selama 40 jam tanpa henti.

Turut berlangsung pelbagai aktiviti menarik seperti qiamullail, ceramah jiwa harmoni, perkongsian rezeki bersama Komuniti Sri Serdang, pembersihan wakaf bersama CSA Alumni, inovasi masjid dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan Bakti Siswa yang lain.

Diaharapkan program ini dapat memberi impak yang positive kepada para pelajar dan akan diteruskan pada masa akan datang bersama generasi muda yang akan datang.

 


Pembersihan wakaf di Padang Golf UPM bersama CSA Alumni

 

 


Pelajar berbangsa cina juga turut mengambil bahagian dalam projek inovasi masjid

Date of Input: 16/02/2023 | Updated: 16/02/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdWAS~