Pertembungan Sengit 3 Pasukan Hoki Hoki : Triforce Field Hockey Tournament | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » Pertembungan sengit 3 pasukan hoki Hoki : Triforce Field Hockey Tournament

Pertembungan sengit 3 pasukan hoki Hoki : Triforce Field Hockey Tournament

Oleh: Muhamad Imran

PETALING JAYA 10 JUN, - Perlawanan hoki moden adalah salah satu sukan yang paling popular di seluruh dunia terutama di kalangan belia dan ini terbukti dengan perlawanan sengit hoki padang anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang disertai tiga pasukan iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan pasukan hoki MBPJ.  

 

      Pengurus Pasukan Hoki MBPJ, Puan Norazizah Binti Hj. Mukijan berkata, perlawanan jemputan tersebut diadakan bagi memastikan atlet dapat menarik minat masyarakat luar untuk melibatkan diri dalam permainan hoki padang serta menguasai dan meningkatkan kemahiran melalui penglibatan dalam pertembungan 3 penjuru hoki.

 

       Beliau berkata, ketika atlet bertembung dengan pasukan lawan yang berbagai latar belakang, perlawanan ini dapat mengeratkan hubungan atlet-atlet hoki dengan pengurus pertembungan hoki antara satu sama lain membakar semangat berpasukan mereka dan serta pengalaman baru kepada atlet-atlet.

       Selaku Jurulatih Hoki Pasukan Universiti Putra Malaysia, Encik Azlansaufi Bin Ahmad Supian juga mengatakan, ”Sebagai atlet di sesebuah universiti, pelajar patutnya menaikkan nama dan visibiliti universiti ke peringkat yang lebih tinggi serta mempromosikan university dengan mempunyai daya saing yang sihat antara pemain pasukan lain,” katanya semasa temubicara bersama.

 

       Ketika perlawanan berlansung, para atlet amat menunjukkan teknik dan semangat yang hebat sambal mengekalkan daya saing yang sihat dan mantap. Hasil daripada usaha mereka, pasukan yang menjadi juara bagi kategori Wanita adalah pasukan UPM, disertai dengan MBPJ dan UPSI. Bagi kategori lelaki pula, pasukan yang mengungguli carta ialah pasukan UPSI, dan diikuti dengan UPM dan MBPJ.

 

       Perlawanan ini mampu memberi pendedahan dan mendidik para pelajar tentang kesungguhan serta tahap kecergasan masing dan pihak lawan. Para pengunjung amat berpuas hati dengan perlawan yang dianjurkan kerana fasiliti dan tiada kecederaan serius yang berlaku.

 

Date of Input: 30/09/2023 | Updated: 30/09/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEdMAu~