PROGRAM SEMAIAN KASIH SISWA UPM 2023 | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » PROGRAM SEMAIAN KASIH SISWA UPM 2023

PROGRAM SEMAIAN KASIH SISWA UPM 2023

KAJANG 10 & 11 Jun, Program Semaian Kasih Siswa UPM 2023 telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh penduduk Pangsapuri Gapura Bayu, Jades Hills dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang memberangsangkan anjuran Kursus Kokurikulum Berkredit QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 5.


Program Semaian Kasih Siswa UPM 2023 ini telah melibatkan 35 orang peserta kanak-kanak mahupun remaja dalam lingkungan 10-12 dan 13-17 tahun yang merupakan penduduk Pangsapuri Gapura Bayu, Jades Hills yang telah berdaftar untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik dan juga bermanfaat semasa program dijalankan.


Sepanjang dua hari program tersebut dijalankan, para peserta telah diperkenalkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti senamrobik, treasure hunt dan sebagainya. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat dan maklum balas yang positif oleh ibu bapa peserta yang telah mendapat peluang untuk mendaftarkan anak-anak mereka bagi menyertai program yang dianjurkan.

 


Ibu bapa juga berkata bahawa program sebegini mampu menjadikan anak-anak mereka lebih aktif dan berinteraksi antara satu sama lain.

Setiap peserta juga kelihatan ceria dan teruja dengan setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya bagi aktiviti Gym Mind pada hari kedua kerana mereka berpeluang untuk menggunakan kreativiti dan kemahiran tersendiri bagi membolehkan mereka mendapatkan jawapan yang tepat secara berkumpulan.

Date of Input: 27/07/2023 | Updated: 27/07/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEdDA7~