PROGRAM SISWANIAGA 101: PROJEK JANA SIDE INCOME 2023 | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » PROGRAM SISWANIAGA 101: PROJEK JANA SIDE INCOME 2023

PROGRAM SISWANIAGA 101: PROJEK JANA SIDE INCOME 2023

Oleh: Nurfaezah

SERDANG – Kemahiran menjana wang seperti kemahiran keusahawanan dan cara menguruskan majlis sangatlah penting terutamanya dengan kemeningkatan kos sara hidup dan tahap daya saing yang semakin sengit. Oleh itu, bagi mendedahkan kepada pelajar kemahiran yang dinyatakan, Projek Jana Income 2023 telah dijalankan oleh Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 26 hingga 28 Mei yang lalu.

 

     Program ini diadakan menerusi gabungan Kursus Pengurusan Majlis (QKW2109) dan Kursus Usahawan Siswa (QKH2104) yang diselaraskan oleh Encik Muhammad Arif Bin Rajab dan Puan Farah Amiera binti Abu Bakar. Seramai 59 orang pelajar dari kursus tersebut memperoleh manfaat dari segi pendedahan cara gerak kerja setelah mempelajarinya secara teori.

 

    Program yang berlangsung selama tiga hari ini dimulakan dengan persiapan pelajar menyediakan reruai jualan dan perbincangan mengenai persediaan aktiviti pemasaran pada 26 Mei 2023. Pada hari berikutnya, para pelajar yang telah dibahagikan kepada beberapa skop kerja iaitu kumpulan pemasaran, kumpulan jualan dan kumpulan penghantaran menjalankan tugas bagi memastikan proses jualan berjalan dengan lancar.

 

      Antara barang jualan yang terdapat pada hari tersebut adalah makanan dan minuman seperti nasi lemak, nasi goreng, dadih, air botol, roti, mi segera samyang dan jajan. Di samping itu, terdapat juga jualan baju prelove. Barang jualan yang telah dijual pada hari tersebut dibekalkan oleh pelajar sendiri bagi memberi pengalaman kepada para pelajar untuk mendapat pengalaman sebenar untuk mengendalikan perniagaan sendiri.

 

       Pada 28 Mei 2023 pula, Seminar Bicara Asas Pelaburan Saham disampaikan oleh seorang penceramah jemputan. Sesi seminar ini telah dihadiri oleh kira kira 23 orang peserta luar yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai bidang.

 

     Melalui program yang dijalankan, para pelajar  dan peserta dapat mempelajari cara asas pelaburan saham sebagai salah satu mekanisma untuk menjana side income. Program ini juga dapat memberi pengalaman sebenar kepada para pelajar mengenai cara pengurusan sesebuah majlis. Selain itu, mereka juga dapat membina teras potensi diri dalam kemahiran insaniah keusahawanan dan kepimpinan.

Date of Input: 27/08/2023 | Updated: 27/08/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEdLA3~