“RECOVER YOUR SOUL WITH ISLAM‟ | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » “RECOVER YOUR SOUL WITH ISLAM‟

“RECOVER YOUR SOUL WITH ISLAM‟

Program Recover Your Soul With Islam ini adalah program yang dianjurkan oleh Kursus Pengurusan Masjid sebagai projek akhir kumpulan. Program ini dijalankan di Masjid UPM, yang mana melibatkan semua mahasiswa yang mengikuti kursus QKW 2110 kumpulan 1 dan 4 Pengurusan Masjid. Setiap mahasiswa dalam kumpulan Pengurusan Masjid telah sebulat suara untuk memilih program yang berbentuk ini kerana bertujuan untuk menarik perhatian pelajar UPM dan masyarakat komuniti untuk datang ke masjid. Antara pengisian menarik yang kumpulan kami telah paparkan ialah Tayangan filem pendek, Program ceramah “RECOVER YOUR SOUL WITH ISLAM‟ bersama Da’i Hakim, Pertandingan Mobile Legend dan Pertandingan mewarna.

Antara sebab kumpulan kami memilih tema ini sebagai projek akhir adalah kerana untuk menarik perhatian pelajar UPM dan masyarakat komuniti untuk datang ke masjid. Selain itu juga, memupuk rasa cinta kepada masjid dalam diri masyarakat dari kepelbagaian aktiviti.

 

Setiap aktiviti yang dijalankan di masjid pada waktu tersebut amatlah berjalan dengan lancar dengan kerjasama banyak pihak. Kami merasakan aura yang sangat baik kerana pelajar-pelajar UPM mahupun masyarakat komuniti tersebut amat memberi kerjasama dalam membantu menyudahkan program yang kami anjurkan. Melalui program yang kami anjurkan, saya dapat melihat bahawasanya program sebegini haruslah dipertingkatkan lagi kepada masyarakat umum bukan sahaja dalam kalangan pelajar UPM malahan memperluaskan lagi program sebegini ke sekitar warga UPM kita. Program ini dapat memberi banyak faedah dan manfaat kepada penganjur dan peserta yang mengikutinya bahkan secara tidak langsung dapat merapatkan ukhuwah sesama saudara islam kita.

 

Date of Input: 31/07/2024 | Updated: 31/07/2024 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
S, (03:17:15pm-03:22:15pm, 15 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]