SPEAKEAZY WORKSHOP 2023 | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » SPEAKEAZY WORKSHOP 2023

SPEAKEAZY WORKSHOP 2023

SERDANG 15 Januari, – Penguasaan komunikasi dan pengucapan awam dalam bahasa Inggeris yang baik dalam kalangan pelajar amatlah penting bagi menjamin masa hadapan khususnya semasa alam universiti yang amat kompetitif. Justeru, para pelajar daripada kumpulan 1 Kursus Seni Penghujahan, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan SPEAKEAZY WORKSHOP 2023 pada 14 dan 15 Januari 2023.

 

Program ini bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Serdang Baru 2, Serdang bersama 50 murid sekolah darjah 4 hingga darjah 6. Objektif SPEAKEAZY WORKSHOP 2023  dilaksanakan untuk untuk mengasah dan mengembangkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar sekolah terutamanya dalam komunikasi serta mewujudkan kesedaran dan membantu meningkatkan keyakinan pelajar dalam memberi pengucapan awam di khalayak ramai.

 

Banyak program berimpak tinggi dilaksanakan sepanjang dua hari penganjuran SPEAKEAZY WORKSHOP 2023 seperti aktiviti Ice breaking, Story-telling, Role-playing, Spelling bee, dan Mini Workshop. Program-program tersebut telah mencapai tujuannya iaitu untuk menambahbaik komunikasi murid-murid dalam Bahasa Inggeris dan menyediakan murid-murid dengan ilmu pengucapan awam untuk masa hadapan mereka.

 

Di akhir program ini, penganjur diharapkan mampu melahirkan pelajar sekolah dan pelajar UPM yang fasih, yakin dan bijak dalam bidang komunikasi bahasa inggeris serta melatih kemahiran pengucapan awam yang baik terutama sekali di khalayak ramai kerana bahasa inggeris amat penting pada zaman ini.

Date of Input: 13/04/2023 | Updated: 13/04/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdNAb~