TOGETHER WE GREEN UPM “PERTANIAN BANDARAN MEMACU KELESTARIAN ALAM” | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » TOGETHER WE GREEN UPM “PERTANIAN BANDARAN MEMACU KELESTARIAN ALAM”

TOGETHER WE GREEN UPM “PERTANIAN BANDARAN MEMACU KELESTARIAN ALAM”

Oleh : Halimah Nur Hasimah

 

UPM SERDANG 3 Jun, - Program Cakna Komuniti 8.0 “Together We Green UPM” yang bertemakan “Pertanian Bandaran Memacu Kelestarian Alam” merupakan program anjuran kursus Bakti Siswa (QKK2101) Kumpulan 8 kursus kokurikulum berkredit semester kedua sesi 2022/2023 Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia dan Bahagian Perumahan dan Penempatan Universiti Putra Malaysia.

Pensyarah Fakulti Pertanian, Profesor Dr. Norsida Man, menyatakan bahawa Program “Together We Green UPM” yang bertemakan “Pertanian Bandaran Memacu Kelestarian Alam” diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan maklumat berkaitan pertanian bandaran yang berkait rapat dengan Universiti Putra Malaysia sebagai universiti yang memfokuskan pertanian di Malaysia.

 

 

“Teruskan usaha, sokongan, dan semangat anda untuk memastikan alam sekitar kita sentiasa terjaga dan dapat meneguhkan persaudaraan di antara kita” katanya semasa majlis perasmian program “Together We Green UPM” yang diadakan di Dewan Sri Pulasan Kolej Canselor Universiti Putra Malaysia.

Semasa perkongsian, beliau turut berkata bahawa pertanian bandar mempunyai potensi untuk meningkatkan kelestarian dan daya tahan komuniti bandarserta menyumbang kepada ekonomi rendah karbon, kerana penggunaan bahan api yang kurang diperlukan untuk pengangkutan makanan yang ditujukan untuk penggunaan di peringkat bandar sekaligus menjadi tema utama untuk strategi pendidikan alam sekitar baru, yang mampu membentuk rasa keterikatan, berkongsi maklumat, dan melaksanakan proses penyertaan yang boleh memberi impak mendalam terhadap kesedaran diri, kewarganegaraan, dan tahap demokrasi.

 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah bual bicara berkaitan pertanian bandaran yang disampaikan oleh Profesor Dr. Norsida Man, Kursus Tanaman Pertanian Bandaran yang memfokuskan penanaman “Rock Melon” di Universiti Putra Malaysia, lawatan ke Tapak Projek Pertanian Bandaran Lestari Hijau Bahagian Perumahan dan Penempatan Universiti Putra Malaysia yang dikendalikan oleh Encik Mohd Hakeem Mohd Ibrahim serta pertandingan Eksplorasi Hijau yang dikendalikan oleh pelajar kursus Bakti Siswa Kumpulan 8.

 

 

“Program ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan meningkatkan pengetahuan tentang Tanaman Pertanian Bandaran dalam kalangan kita, terutamanya pelajar kerana program ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan pertanian bandaran agar dapat diterapkan dalam kehidupan seharian” kata Muhammad Izzuddin bin Suhainul Balqiah, pengarah program “Together We Green UPM” yang turut hadir dalam menjayakan program tersebut di Dewan Sri Pulasan Kolej Canselor Universiti Putra Malaysia.

Date of Input: 27/06/2023 | Updated: 27/06/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEOMAC~