TREASURE HUNT KUMPULAN 2 SENI PENGHUJAHAN MENCURI TUMPUAN | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » TREASURE HUNT KUMPULAN 2 SENI PENGHUJAHAN MENCURI TUMPUAN

TREASURE HUNT KUMPULAN 2 SENI PENGHUJAHAN MENCURI TUMPUAN

Oleh: Nor Zarifa, Nur Zulaikha, Mohammad Iesma Danial

SERDANG, 10 JANUARI – Kesedaran tentang kepentingan seni penghujahan semakin merosot dalam kalangan masyarakat kini terutamanya pelajar di universiti. Oleh itu, pelajar UPM daripada  Kumpulan 2 Seni Penghujahan telah mengambil insiatif untuk menganjurkan sebuah program yang dapat memberi peluang kepada para peserta mencungkil serta mengasah kemahiran berkomunikasi yang sedia ada dalam diri mereka. Program yang diberi nama ‘Glitters Are Not Gold Interactive Language’ itu adalah berkonsepkan treasure hunt bagi  menyuntik semangat para peserta serta menjadikan aktiviti program lebih menarik. Program yang menyasarkan penglibatan seramai 120 orang pelajar daripada lima buah universiti itu telah dijalankan pada 7 Januari 2023 bertempat di Bukit Ekspo Universiti Putra Malaysia.

Treasure hunt yang dilaksanakan melibatkan tiga checkpoint dimana setiap checkpoint memiliki aktiviti yang berbeza. Petunjuk bagi checkpoint yang seterusnya akan diberikan selepas berjaya menyelesaikan misi yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti tongue twister di checkpoint yang pertama merupakan antara aktiviti yang agak mencabar dimana setiap peserta dalam sesebuah kumpulan perlu menyebut perkataan yang dipilih dengan lancar dan pantas. Tujuan aktiviti ini dimasukkan ke dalam program tersebut adalah untuk mendidik peserta bahawa segala kerja yang diberikan akan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat sekiranya kerjasama dan komitmen penuh diberikan.

 

Bagi checkpoint kedua, aktiviti yang dijalankan ialah impromptu speech yang juga dikenali sebagai ucapan dadakkan. Bagi aktiviti ini, wakil bagi setiap kumpulan yang tiba di checkpoint kedua perlu memberi ucapan selama satu minit berdasarkan tajuk yang dipilih secara rawak oleh peserta sendiri. Tajuk-tajuk bagi aktiviti impromptu speech ini telah disediakan oleh pelajar-pelajar kokurikulum berkredit Seni Penghujahan kumpulan dua ini berdasarkan pelbagai tema yang menarik dan juga mencabar. Tujuan diadakan aktiviti impromptu speech ini adalah bertujuan untuk mencungkil bakat peserta aktiviti ini, disamping melatih mereka untuk berani memberi ucapan di hadapan khalayak ramai.

Seterusnya, aktiviti yang dijalankan di checkpoint ketiga ialah aktiviti debat. Pada checkpoint ini, setiap kumpulan yang tiba akan diuji dengan kemahiran berdebat. Tajuk dan tema bagi aktiviti ini juga dipilih sendiri oleh para peserta secara rawak. Disamping itu, para peserta juga diberi kelebihan untuk memilih sama ada ingin menjadi pihak yang menyokong atau membangkang. Aktiviti debat ini diadakan di antara para peserta dengan dua orang wakil pelajar daripada kumpulan kokurikulum berkredit Seni Penghujahan Kumpulan Dua. Aktiviti ini dilaksanakan untuk melatih para peserta supaya petah bercakap dengan menggunakan fakta yang sahih, seterusnya melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang holistik dan intelektual.

 

Aktiviti ‘Glitters Are Not Gold Interactive Language’ turut diadakan bagi mengasah semangat kerjasama dan setia kawan antara pasukan dalam menyelesaikan pelbagai halangan dan rintangan semasa aktiviti berlangsung dan beberapa hadiah seperti hamper telah disediakan. Hal ini telah menarik perhatian orang ramai untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut walaupun sasaran peserta tidak mencapai anggaran peserta kami.

Program ‘Glitters Are Not Gold Interactive Language’ telah memberi pendedahan dan pelajar dapat mempelajari bahawa sesuatu kerja dapat disiapkan dalam masa yang singkat jika semua pihak mampu memberi kerjasama dan komitmen. “Program ini juga mampu menerapkan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa dengan melaksanakan suatu program yang diberikan serta dapat mempelajari bahawa persiapan untuk sesuatu program tidak boleh diambil sebagai perkara remeh supaya program dapat dijalankan secara lancar.

Date of Input: 10/03/2023 | Updated: 10/03/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEQQAS~