UPM ANJUR PROGRAM WARIS MENYANTUNI WARGA EMAS, PELAJARI ILMU WARISAN ‘ORANG LAMA’ | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » UPM ANJUR PROGRAM WARIS MENYANTUNI WARGA EMAS, PELAJARI ILMU WARISAN ‘ORANG LAMA’

UPM ANJUR PROGRAM WARIS MENYANTUNI WARGA EMAS, PELAJARI ILMU WARISAN ‘ORANG LAMA’

BANGI, 18 Jun – Kursus Kokurikulum Berkredit, Persembahan Lisan Tradisional (QKB2109) Kumpulan 1, Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Warga Emas Disayangi, Lisan Tradisi Disanjungi (WARIS) bagi menyantuni warga emas serta pelajari ilmu warisan dari ‘orang lama’.

 

Program yang berlangsung selama dua hari di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah, Bangi telah melibatkan penyertaan dari penghuni Darul Insyirah Aisyah dan Darul Insyirah Khadijah.

 

Pengarah Program,Nur Aisyah Khairina Md Khairuddin berkata, elemen menjunjung warisan tidak diketepikan dalam mendekati warga emas selaku ‘orang lama’ yang mempunyai pelbagai pengalaman agar menjadi panduan untuk generasi baharu.

 

“Pelbagai aktiviti telah kita jalankan bersama antaranya sesi Opah Ceritalah, menanam pokok sayur WARIS, mengecat dan menghias laman bonda, kraf warisan kita, CSR menukar lampin bonda dan sesi hati ke hati” katanya dalam kenyataan hari ini,” katanya.

 

Fasilitator Kursus Persembahan Lisan Tradisional, Nik Zaini Peei berkata, selari dengan aspirasi UPM untuk melahirkan graduan Berilmu Berbakti, beliau berharap usaha dan kerjasama ini berterusan walaupun para pelajar telah tamat pengajian.

 

“Saya berharap di masa akan datang para pelajar akan meluangkan masa menziarahi warga emas di sini dan bukan sahaja pembelajaran di bilik kuliah yang kita terapkan namun kemahiran insaniah juga dititik beratkan,” katanya.

 

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Kokurikulum Berkredit), PKPP, UPM, Dr. Hizmawati Madzin, Pengurus Pusat Jagaan & Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah, Haslida Hamzah dan Fasilitator Khas Teras Kebudayaan, PKPP, UPM, Flora Ilyana Othman.

 

Program ini turut  mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Amal WARIS berupa wang tunai RM500.00 dan beberapa barangan keperluan antaranya anak pokok sayuran hasil dari produk pertanian UPM.

Date of Input: 31/08/2023 | Updated: 31/08/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEdJA3~