VOICE OF INFLUENCE 2023 | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » VOICE OF INFLUENCE 2023

VOICE OF INFLUENCE 2023

Oleh: Joanne Allison

Kuala Lumpur 28 Mei – Keyakinan berkomunikasi serta berucap di khalayak ramai dalam Bahasa Inggeris penting demi menjamin masa depan seseorang individu yang sedang menjejaki kaki ke alam universiti yang mempunyai persaingan tinggi. Oleh itu, pelajar-pelajar daripada Kursus Kokurikulum Berkredit QKT2101 (Seni Penghujahan atau Art of Argument) Kumpulan 1 (Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM) telah menganjurkan program Voice of Influence 2023 pada 27 dan 28 Mei 2023.

Program ini bertempat di Pure Life Society, Kuala Lumpur dan melibatkan 30 pelajar, 1 fasilitator dari Universiti Putra Malaysia dan seramai 33 orang remaja yang berada dalam lingkungan 13-17 tahun dari pihak Pure Life Society dan program ini bertujuan untuk mengasah kemahiran insaniah dalam kalangan golongan generasi muda terutamanya dalam berkomunikasi serta mewujudkan kesedaran dan membantu meningkatkan keyakinan pelajar dalam memberi pengucapan awam di khalayak ramai.

Majlis peramian program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Ts. Zahir Bin Hassan, Ahli Dewan Undangan Parlimen Wangsa Maju bersama kehadiran Ybrs. Prof. Madya Dr. Omrah Hassan @ Hussin, Pengarah Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar sebagai tetamu jemputan, pentadbir Pure Life Society, Cik Sumathi Sankaran dan pengarah program Voice of Influence 2023, Arvindran A/L Ananthan.

“This program is a great program to be done for the younger generations of our country as it encourages them to be confident and amazing in their future.”, kata Yang Berhormat Tuan Ts. Zahir bin Hassan , Ahli Dewan Undangan Parlimen Wangsa Maju.

Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini termasuklah permainan Ice-breaking, Positive SelfTalk (Motivational Talk by Shane John Kennedy), Quiz game, Explorace, gotong-royong dan aktiviti-aktiviti tersebut telah mencapai tujuan mereka iaitu untuk mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris bagi remaja-remaja yang terlibat dalam program ini serta pelajar dari kursus kokurikulum berkredit juga telah menjalani aktiviti gotong-royong di tempat berkenaan.

Pada penghujung program, pihak penganjur telah mampu melahirkan golongan generasi muda dari kedua-dua pihak yang terlibat (Pure Life Society dan UPM) yang fasih dan yakin dalam bertutur dalam Bahasa Inggeris serta melatih kemahiran pengucapan awam yang baik dan hal ini harus dititikberatkan kerana Bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa yang terpenting di dunia serta kemahiran bertutur Bahasa Inggeris dapat memberi berbagai-bagai kebaikan dalam kehidupan kita sehinggalah tua.

Date of Input: 24/08/2023 | Updated: 24/08/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEdDA4~