WE GIVE WE CARE WE SHARE | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » WE GIVE WE CARE WE SHARE

WE GIVE WE CARE WE SHARE

Program Anjung Kasih Siswa: We Give We Care We
 
ASRAMA KASIH YBK SERENDAH9 Jun, Ahad - Telah berlangsung Program Anjung Kasih Siswa: We Give We Care We Share anjuran Kursus Bakti Siswa (QKK 2101) Kumpulan 11, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM selama 3 hari 2 malam yang bermula dari 7 Jun sehingga 9 Jun di Asrama Kasih YBK Serendah.
 
YBrs. Prof Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan penutupan Program We Give We Care We Share yang turut dihadiri oleh Puan Halimaton, Pengetua Asrama Kasih, Fasilitator Puan Ain dan Fasilitator Khas En. Farol.
 
Terdahulu, Slot Motivasi Segerak ke Mercu Kejayaan telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad kepada warga Asrama Kasih. Majlis penutupan seterusnya diadakan di sebelah petang dengan ucapan dan penyampaian hadiah disampaikan kepada semua pemenang serta penyerahan barang sumbangan bekalan makan daripada Pusat Kokurikukum dan Pembangunan Pelajar UPM kepada Asrama Kasih YBK.
 
Selepas itu, berlangsung majlis penyerahan Dan Projek Tanaman Herba UPM Sebagai inisiatif Pertanian Untuk Rakyat (PUTRA), kolaborasi antara UPM dan MARDI. Pihak MARDI turut menyumbang 50 batang pokok herba dan tanah Baja bagi projek ini yang ditanam di Asrama Kasih.
 
Keseluruhan program selama 3 hari ini sangat berkesan dan sarat dengan pengisian ilmu yang membuka minda warga Asrama Kasih agar lebih bersemangat, berani, berfikiran positif dan berwawasan.

Date of Input: 14/06/2024 | Updated: 14/06/2024 | saidatul.halim

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
S, (05:42:33pm-05:47:33pm, 18 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]