Zafina UPM Creat New MBOR | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » Zafina UPM Creat New MBOR

Zafina UPM Creat New MBOR

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Sebanyak 6,278 orang meletakkan nama mereka dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai peserta paling ramai membuat persembahan kecergasan Zafina.

Zafina adalah senaman aerobik berasaskan tarian zapin.

Para peserta terdiri daripada warga Universiti Putra Malaysia (UPM) dan penduduk pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak yang tinggal di sekitar kampus universiti itu di Serdang dekat sini, hari ini.

Aktiviti tersebut diadakan bersempena Hari Kokurikulum UPM.

Ia dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar universiti itu serta kumpulan Zumba Fitness.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM, Profesor Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berharap program sedemikian akan dijadikan sebagai acara tahunan. - UTUSAN ONLINE

Date of Input: 30/09/2019 | Updated: 30/09/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEaLAl~