LAWATAN PENANDA ARAS UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KE PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR UPM
Lawatan ini menjadi platform penting bagi memperluaskan jaringan kerjasama akademik dan pentadbiran antara UPM dan UMK, khususnya dalam aspek pengurusan kokurikulum, pembangunan kepimpinan pelajar, penglibatan komuniti, kesukarelawanan, latihan berkredit serta pelaksanaan program yang menyokong pembentukan graduan holistik. Melalui sesi perkongsian ini, kedua-dua institusi berpeluang bertukar pandangan mengenai pendekatan, strategi dan inovasi yang dilaksanakan dalam memperkasakan pengalaman pembelajaran pelajar di luar bilik kuliah.