Gelanggang Petanque UPM, menyaksikan 32 pasukan berentap merebut kejuaraan
Sukan Petanque kini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia kerana permainannya yang bersifat santai dan perkara ini dapat dilihat daripada penglibatan peserta daripada pelbagai lapisan umur yang menyertai Kejohanan Petanque Beregu Terbuka UPM anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama TSR Apparel.