Gelanggang Petanque UPM, Menyaksikan 32 Pasukan Berentap Merebut Kejuaraan | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » Gelanggang Petanque UPM, menyaksikan 32 pasukan berentap merebut kejuaraan

Gelanggang Petanque UPM, menyaksikan 32 pasukan berentap merebut kejuaraan

Oleh: Muhammad Nur Fikri Bin Nor Azman, Nurul Irwaniey Binti Ismail

SERDANG 23 Disember – Sukan Petanque kini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia kerana permainannya yang bersifat santai dan perkara ini dapat dilihat daripada penglibatan peserta daripada pelbagai lapisan umur yang menyertai Kejohanan Petanque Beregu Terbuka UPM anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama TSR Apparel.

              Kejohanan Petanque Beregu Terbuka UPM yang berlangsung pada 23 Disember memperlihatkan kesungguhan setiap peserta yang bertanding apabila mereka sudah tiba di Gelanggang Petanque UPM pada awal pagi sebelum pertandingan untuk mempersiapkan diri dengan latihan.

              Sebanyak 64 peserta daripada 32 pasukan yang terdiri daripada mahasiswa UPM dan peserta Luar tidak melepaskan peluang untuk menyertai kejohanan ini yang menyajikan hadiah tempat pertama sebanyak RM 500.

 ‘’Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua peserta dan memohon maaf sekiranya mempunyai sebarang kekurangan dari pihak kami’’, kata Dr Hizmawati Binti Madzin timbalan pengarah pusat pembangunan pelajar dan kokurikulum (PKPP), ketika ucapan perasmian majlis kejohanan Petanque Beregu Terbuka UPM dan seterusnya melancarkan gimik perasmian dengan cara membaling bola petanque di dalam gelanggang yang disaksikan 64 peserta,penganjur dan penyumbang kejohanan tersebut.

              Penyingkiran Kejohanan Petanque Beregu Terbuka UPM adalah pada mulanya berdasarkan sistem penyingkiran berganda pada peringkat kumpulan iaitu setiap pasukan mempunyai peluang sebanyak dua kali kalah sebelum tersingkir terus dari perlawanan dan peringkat seterusnya ialah pusingan kalah mati yang mana peserta akan terus tersingkir sekiranya kalah pada peringkat tersebut dituruti dengan peringkat suku akhir, separuh akhir dan seterusnya akhir yang menentukan tempat johan dan naib johan sebuah pasukan.

              Secara impaknya, Kejohanan Petanque Beregu Terbuka UPM secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerja sepasukan dan sekaligus mengeratkan hubungan antara peserta, pihak penganjur seterusnya melahirkan ciri kepimpinan dan pengalaman baru kepada mahasiswa UPM.

Date of Input: 04/03/2024 | Updated: 04/03/2024 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEcFAE~