Projek Siswa Niaga: Business At The Bus Stop 2023 | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » Projek Siswa Niaga: Business at the Bus Stop 2023

Projek Siswa Niaga: Business at the Bus Stop 2023

Oleh: Alya Farhana 

SERDANG 16 Disember – Kemahiran menjana wang seperti kemahiran keusahawanan amatlah penting dengan peningkatan kos sara hidup dan tahap daya saing yang semakin sengit. Oleh itu, bagi mendedahkan kepada pelajar kemahiran yang dinyatakan, Projek Siswa Niaga: Business at The Bus Stop telah dijalankan oleh para pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Usahawan Siswa Kumpulan 2 & 5 di bawah Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 26 November 2023 dan 16-17 Disember 2023. 

 

     Projek ini dimulakan dengan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk melaksanakan aktiviti jualan cenderahati secara direct-selling kepada para graduan semasa Minggu Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-47 pada 26 November 2023 (Ahad). Aktiviti ini berlangsung dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang di sekitar Dewan Besar UPM. 

  

Seterusnya pada 16 Disember 2023 (Sabtu), para pelajar telah menjalankan aktiviti jualan pelbagai jenis makanan dan minuman, aksesori serta pakaian terpakai di perhentian bas yang terpilih di sekitar kampus utama. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar yang menghadiri kelas kursus kokurikulum berkredit disebabkan harga makanan yang ditawarkan oleh para pelajar adalah mampu milik.

  

Pada 17 Disember 2023 (Ahad) telah diadakan satu majlis apresiasi yang dihadiri seramai 62 orang terdiri daripada pelajar Kursus Usahawan Siswa Kumpulan 2 dan 5. Majlis apresiasi ini diadakan bagi menghargai usaha para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pemasaran dan jualan sepanjang semester. Majlis ini akan diadakan bermula 8.00 pagi sehingga 12 tengah hari. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, nyanyian putra gemilang dan bacaan doa. Seterusnya, majlis telah diteruskan lagi dengan ucapan perasmian daripada Puan Azwa Azhar, Fasilitator Khas Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Talent Show yang telah disediakan oleh para pelajar. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada Top Seller, iaitu pelajar yang mempunyai jumlah jualan produk yang tertinggi, penyampaian hadiah kepada Best Student, dimana pelajar telah dinilai dari segi kehadiran yang penuh, kemahiran insaniah serta sikap dan penampilan yang baik sepanjang semester dan yang terakhir adalah penyampaian hadiah Talent Show.

  

Tuntasnya, projek ini merupakan mekanisma yang mengkoordinasi perencanaan dan penjanaan ekonomi bersasar secara mikro dalam kalangan pelajar untuk menambah pendapatan sampingan dan menguruskan perniagaan di samping dapat membina teras potensi diri dalam kemahiran berkomunikasi dan keusahawanan.

 

Date of Input: 04/03/2024 | Updated: 04/03/2024 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEcDAc~