KARNIVAL PUTRA HOLISTIK DISAMBUT MERIAH OLEH MAHASISWA DI KOLEJ TUN DR. ISMAIL | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » KARNIVAL PUTRA HOLISTIK DISAMBUT MERIAH OLEH MAHASISWA DI KOLEJ TUN DR. ISMAIL

KARNIVAL PUTRA HOLISTIK DISAMBUT MERIAH OLEH MAHASISWA DI KOLEJ TUN DR. ISMAIL

Oleh: Akid Fadlin

SERDANG 10 Jun, – Isu kesihatan mental di kalangan pelajar semakin hari semakin membimbangkan, karnival ini bertujuan membantu mahasiswa sedikit sebanyak tentang kepentingan menjaga kesihatan mental, dengan itu pihak Bahagian Kauseling UPM bersetuju untuk menganjurkan program ini.

Antara objektif program ialah meningkatkan kesedaran warga UPM mengenai kepentingan menjaga keseimbangan kesihatan mental dan psikologikal melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan menyebarluas kesedaran tentang kebaikan, manfaat dan kesesuaian kaunseling sebagai medium berkesan dalam menangani permasalahan psikologi semasa kepada peserta-peserta dan AJK-AJK pelajar.

Majlis pagi itu dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, beliau juga turut bersama sama menyertai program senamrobik pada pagi itu.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival adalah Chess Queen, BLOB Tree, Saringan Kesihatan Mental, Penalti Futsal, Treasure Hunts dan bermacam macam lagi aktiviti terbuka kepada semua mahasiswa dan orang luar.

Karnival Putra Holistik dijalankan di Kolej Tun Dr. Ismail dengan kebenaran pihak kolej, Dewan Seri Harmoni menjadi tempat utama dan aktiviti aktiviti dijalankan disekitar kawasan kolej tersebut.

Program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pemenang setiap aktiviti, cabutan bertuah dan majlis ditutup dengan sepatah dua kata dari pengarah program iaitu saudari Farheez Navin Binti Abdullah.

Date of Input: 30/08/2023 | Updated: 30/08/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEdIAn~